KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ketika rakyat Malaysia masih dalam suasana raya, redONE Mobile memperkukuh komitmen sebagai syarikat telekomunikasi berteraskan komuniti, dengan menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai peluang yang mampu mengubah kehidupan melalui “Cabutan Ohsem Raya”, pada 31 Mac lepas.
Cabutan itu bagi memberi ganjaran kepada pelanggan “Prepaid 5G ULTRAplus”, dengan hadiah bernilai lebih RM165,000 yang merupakan sebahagian daripada kempen “RM1 Juta Ganjaran Overload”, sempena ulang tahun pertama pelancaran pelan prabayar 5G pertama itu.
Dalam kenyataannya, redONE memaklumkan Cabutan Ohsem Raya merupakan cabutan utama kempen berkenaan dan ia disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook dan Tiktok rasmi syarikat, dengan tawaran hadiah yang bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna serta mengukuhkan peranannya sebagai telco berfokuskan komuniti.
Menurut kenyataan itu, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menghargai pengguna prabayar, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, dengan menyediakan peluang memenangi ganjaran menarik melalui penggunaan harian perkhidmatan syarikat itu.
“Cabutan utama secara langsung itu menandakan kemuncak kepada penyertaan pelanggan yang memberangsangkan susulan cabutan sebelum ini, termasuk Cabutan Ohsem 18.8 dan Cabutan Ohsem 11.11 yang diadakan pada Ogos dan November 2025, menyaksikan puluhan pelanggan membawa pulang hadiah seperti motosikal, peranti Apple dan jongkong emas.
“Menerusi cabutan utama ini, redONE Mobile telah meningkatkan jumlah ganjaran, sekali gus semakin menghampiri jumlah keseluruhan RM1 juta seperti dijanjikan,” menurut kenyataan itu.
Pelanggan menyertai cabutan tersebut dengan cara menebus tiket menggunakan 3,500 mata redCOIN yang dikumpul melalui pembelian di aplikasi redONE Prepaid, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menang sambil menikmati sambungan 5G.
Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 56 pemenang diumumkan semasa cabutan utama, dengan hadiah utama termasuk dua unit kereta Perodua Myvi 1.5, dua skuter SYM Tuscany 150, dua motosikal Yamaha Ego Avantiz, iPhones dan gajet lain, serta barangan eksklusif redONE seperti jersi The Real Warriors FC dan Sabah FC dan hadiah istimewa lain.
Penonton yang mengikuti siaran langsung cabutan itu turut menerima hadiah kejutan, termasuk kad Touch ‘N Go prabayar dengan kredit e-dompet.
Cabutan Ohsem Raya mencerminkan komitmen redONE Mobile dalam memberikan nilai sebenar kepada rakyat Malaysia, khususnya pengguna prabayar yang sering kurang mendapat akses kepada ganjaran premium. Seiring peningkatan kos sara hidup, redONE Mobile juga berhasrat menjadikan ganjaran premium lebih mudah diakses, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan hanya melalui penggunaan perkhidmatan prabayar mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile Farid Yunus berkata kempen itu mencerminkan komitmen syarikat dalam memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan, terutama ketika musim perayaan.
“Hari Raya adalah masa untuk berbahagi, dan di redONE Mobile kami mahu berbahagi semula dengan cara yang lebih bermakna. Sebagai telco komuniti, fokus kami adalah untuk sentiasa mencipta nilai sebenar kepada masyarakat. Menerusi Cabutan Raya Ohsem, kami bukan sahaja menawarkan hadiah tetapi juga mencipta peluang setiap hari untuk rakyat Malaysia memenangi ganjaran yang dapat meningkatkan kehidupan mereka hanya dengan menggunakan perkhidmatan prabayar.
“Daripada kereta hingga telefon pintar, kempen ini mencerminkan keyakinan kami bahawa pelanggan pelan prabayar juga layak menikmati ganjaran premium. Sempena meraikan ulang tahun pertama 5G Prepaid ULTRAplus, kempen RM1 Juta Ganjaran Overload menunjukkan bagaimana kami mentakrif semula penawaran prabayar dan menjadikan peluang memenangi hadiah besar lebih mudah diakses oleh semua,” katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan “Pek Permulaan Prepaid 5G ULTRAplus” berharga RM8, kini boleh didapati di semua cawangan redONE Mobile seluruh negara, selain di platform Shopee melalui Kedai Rasmi redONE Mobile dan TikTok.
Pelanggan juga boleh terus mengumpul mata redCOIN melalui pembelian dan berpeluang memenangi ganjaran apabila syarikat memperkenalkan lebih banyak inisiatif penghargaan kepada pelanggan sepanjang tahun ini. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari laman sesawang redONEMobile.com.my atau ikuti syarikat di Facebook dan Instagram.
-- BERNAMA
