ISTANBUL, 10 April (Bernama-Anadolu) -- Kamal Kharrazi, Ketua Majlis Strategik Hubungan Luar Iran, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang menyasarkan rumahnya pada 1 April, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media kerajaan Iran.
Kharrazi juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar Iran dari 1997 hingga 2005.
Isterinya turut terkorban dalam serangan ke atas rumah mereka, lapor Agensi Berita Fars yang merupakan agensi separa rasmi.
Permusuhan di rantau itu memuncak selepas AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb yang menyebabkan ribuan orang terkorban dan cedera.
Pada Selasa, Washington dan Tehran mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu yang bertujuan untuk membuka jalan bagi perjanjian akhir bagi menamatkan perang tersebut.
-- BERNAMA-ANADOLU
