DUNIA

MENTERI LUAR KOREA SELATAN, AUSTRALIA ADAKAN RUNDINGAN MINGGU INI SUSULAN KRISIS ASIA BARAT

27/04/2026 05:08 PM

SEOUL, 27 April (Bernama-Yonhap) -- Menteri luar Korea Selatan dan Australia akan mengadakan rundingan minggu ini mengenai pelbagai isu bersama, termasuk memperkukuh kerjasama pertahanan serta usaha menangani ketidaktentuan rantaian bekalan ekoran krisis Asia Barat, menurut Kementerian Luar pada Isnin.

Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun dijadual bertemu rakan sejawatnya dari Australia, Penny Wong, untuk rundingan dua hala di Seoul pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kementerian itu berkata kedua-dua pihak dijangka menegaskan semula komitmen untuk bekerjasama menangani cabaran berkaitan situasi semasa di Asia Barat dan krisis tenaga global.

Mereka juga akan membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam sektor dan industri pertahanan.

Pertemuan itu akan diadakan kira-kira sebulan selepas kedua-dua menteri luar berkenaan berbual melalui telefon pada 16 Mac.

-- BERNAMA-YONHAP

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan