AM

BERNAMA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KP AKPS

30/04/2026 05:21 PM

PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) --  Pengurusan tertinggi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di pejabatnya, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin mengetuai delegasi yang turut disertai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson. 

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS Ismail Mokhtar dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS Zuraini Othman serta Pengarah Bahagian Siasatan dan Pendakwaan AKPS SAC  Lee King Chuan. 

Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu julung kali diadakan pengurusan tertinggi Bernama dengan AKPS, yang bertujuan mengukuhkan hubungan strategik dan kerjasama, khususnya dalam penyampaian maklumat sahih kepada rakyat.

Antara perkara lain yang dibincangkan ialah usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai fungsi serta tanggungjawab AKPS menerusi pelbagai platform yang ada di Bernama. 

Delegasi Bernama turut bertukar-tukar pandangan serta komitmen untuk membantu AKPS memperkasakan strategi komunikasi dan hebahan maklumat tentang kejayaan dicapai agensi itu kepada orang ramai.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan