BERITA TERGEMPAR   Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | 
 AM

JPN KELANTAN SALUR BANTUAN SEGERA KEPADA KELUARGA PELAJAR MENINGGAL DUNIA

14/05/2026 12:27 AM

KOTA BHARU, 13 Mei (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Muhammad Amir Asyraf Ahmad Sabri, yang dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Dalam kenyataan hari ini, JPN memaklumkan pihaknya sedang menguruskan bantuan segera dan terbaik untuk disalurkan kepada keluarga pelajar berkenaan.

"Langkah ini diambil bagi memastikan aspek kebajikan serta kesejahteraan keluarga Allahyarham sentiasa terpelihara," menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, JPN Kelantan turut mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat dan seluruh keluarganya dikurniakan ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahkan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama Sekolah Menengah Paloh, Gua Musang, semalam.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan