POLITIK

BILANGAN ANGGOTA SEMAKIN BERTAMBAH, AMK TUMPU PERKUKUH JENTERA HADAPI PILIHAN RAYA

23/05/2026 02:07 PM

KOTA BHARU, 23 Mei (Bernama) -- Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan terus memperkukuh jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di setiap kawasan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim berkata isu semasa seperti peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa tidak memberi kesan yang signifikan.

“AMK kekal utuh dan kukuh, bahkan kami menyaksikan dari semasa ke semasa anggota yang baharu menyertai PKR semakin meningkat.

“Kami akan terus beri tumpuan dan fokus kepada usaha untuk memperkukuh dan memperkuat jentera setiap kawasan bagi menghadapi PRN serta  PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini hari ini.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan