DUNIA

IRAN SETUJU "PERJANJIAN BERASASKAN PRESTASI", PERLUKAN "KONSENSI BESAR" TEHRAN - RUMAH PUTIH

12/06/2026 11:58 PM

ISTANBUL, 12 Jun (Bernama-Anadolu) -- Iran bersetuju dengan satu “perjanjian berasaskan prestasi” bersama Amerika Syarikat, yang memerlukan “konsesi besar” daripada Tehran sebelum sebarang pelepasan sekatan diberikan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Fox News pada Jumaat.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, seorang pegawai Rumah Putih dilaporkan berkata bahan nuklear Iran akan dimusnahkan dan dipindahkan, program nuklearnya akan dibongkar dan “tiada dana akan dilepaskan kepada Iran sehingga negara itu memenuhi komitmennya”.

Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa Selat Hormuz akan terus dibuka dan Iran akan bersetuju untuk menghentikan pembiayaan kepada kumpulan militan.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan