DUNIA

PIALA DUNIA: AS KALAHKAN AUSTRALIA 2-0

20/06/2026 09:29 AM

SEATTLE (Amerika Syarikat), 20 Jun (Bernama-Anadolu) -- Amerika Syarikat menewaskan Australia 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2026 di Lumen Field di Seattle pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ramai penonton berkumpul di luar stadium sebelum sepak mula, mencipta suasana meriah dengan pakaian berwarna-warni dan nyanyian.

Dalam kalangan penyokong, beberapa individu membawa bendera dan sepanduk Palestin yang menampilkan mesej solidariti dengan negara itu.

Bercakap kepada Anadolu di luar venue, penonton Morina dan Nick menjelaskan motivasi mereka untuk mempamerkan simbol dan berkongsi mesej pro-Palestin semasa perlawanan kejohanan tersebut. 

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan