AM

OPERASI LRT3 BERMULA ISNIN DEPAN - LOKE

22/06/2026 06:43 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya akan memulakan perkhidmatannya pada Isnin depan (29 Jun).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata manakala majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan Ahad ini.

“Saya ambil peluang ini untuk umumkan bahawa majlis perasmian LRT3 Shah Alam akan diadakan pada Ahad ini. Operasi akan bermula serta-merta pada Isnin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, hari ini.

Projek LRT3 yang bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor bakal memberikan manfaat kepada dua juta penduduk.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan