POLITIK

PRN JOHOR: FAHMI IRINGI CALON PH MOHD KHUZZAN DI PUSAT PENAMAAN CALON DUN SEMERAH

27/06/2026 10:18 AM

​BATU PAHAT, 27 Jun (Bernama) -- Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Fahmi Fadzil tiba di pusat penamaan calon di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, di sini pada 9.05 pagi.

​Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengiringi calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar.

​Pekarangan MRSM Batu Pahat bertukar menjadi "lautan merah dan biru" apabila ratusan penyokong bertali arus membanjiri laluan masuk dengan kibaran megah bendera parti masing-masing, manakala keadaan cuaca cerah pada pagi ini membantu kelancaran pergerakan awal di pusat penamaan calon di sini.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan