AM

BANJIR: PPS DI SELANGOR TUTUP, JUMLAH MANGSA DI PERAK TIDAK BERUBAH SETAKAT PETANG INI

28/06/2026 06:36 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kesemua mangsa banjir di Selangor telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini, manakala jumlah mangsa di Perak pula tidak berubah setakat 5 petang.

Di SELANGOR, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kesemua 16 mangsa termasuk dua bayi yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang, Banting dibenarkan pulang dan PPS berkenaan ditutup 2.30 petang tadi.

Sementara di PERAK, jumlah mangsa kekal sejak pagi tadi membabitkan 52 orang daripada 16 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Bandaran Gopeng di daerah Kampar, di sini.

Sekretariat JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan mereka ditempatkan di PPS itu sejak 20 Jun lepas, berikutan kawasan rumah mereka di Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila terputus hubungan susulan jambatan runtuh akibat kepala air.

-- BERNAMA


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan