Sabtu, 30 Mei 2020
AM
23/05/2020 05:49 PM

KUCHING, 23 Mei -- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat Sarawak supaya tidak alpa terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol yang ditetapkan, khususnya dalam musim perayaan ini bagi mengelak kebangkitan gelombang kedua wabak COVID-19.

Dalam perutusan sempena Hari Raya Aidifitri, beliau berkata di Bumi Kenyalang ini sama seperti umat Islam lain di seluruh dunia, semua merayakan hari kemenangan umat Islam selepas menunaikan ibadah puasa, namun pada tahun ini terpaksa berhadapan dengan keadaan yang luar biasa ekoran perintah-perintah yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Suasana Aidilfitri kali ini amat berlainan dengan apa yang telah menjadi amalan kita sebagai umat Islam. Kita tidak dibenarkan ke masjid untuk bertakbir dan sembahyang Sunat Aidilfitri, tidak digalakkan menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat secara beramai-ramai kecuali pada hari pertama sahaja, tidak mengadakan rumah terbuka, tidak dibenarkan bersalaman dan dikehendaki menjaga jarak sosial. 

“Anggaplah semua ini sebagai dugaan kepada kita dan tanggungjawab bersama untuk memastikan wabak COVID-19 dapat diatasi secepat mungkin,” katanya.

Abang Johari juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Sarawak kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan di premis-premis perniagaan dan tempat-tempat kerja setelah sektor ekonomi kembali dibuka secara bersyarat mulai 12 Mei yang lalu.

“Pematuhan kepada SOP mengajar kita supaya sentiasa bersabar kerana terpaksa berbaris, menjarakkan diri daripada orang lain di sekeliling kita, bergilir-gilir untuk diperiksa suhu badan, mensanitasi tangan dan sebagainya. Saya berdoa semoga dengan pematuhan ini, kita semua akan bebas daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada kesulitan dan kemusykilan yang dihadapi oleh rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejumlah RM2.6 bilion telah diagihkan untuk melaksanakan program-program Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS 1.0, 2.0 dan 3.0 untuk meringankan beban rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu.

Di akhir perutusan itu, Abang Johari mengajak semua rakyat Sarawak merayakan hari yang mulia itu dengan semangat muhibbah dan persaudaraan antara sesama manusia tanpa mengira perbezaan agama, keturunan dan saling menghormarti pegangan agama dan budaya masing-masing. 

“Sesungguhnya Islam adalah agama fitrah, dengan keseluruhan ajarannya bermatlamatkan menjaga kemuliaan insan sebagai manifestasi keagungan dan kebesaran Allah S.W.T,” katanya yang disusuli ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin’ kepada semua rakyat Sarawak.

-- BERNAMA

 

 

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan