AM > BERITA

FAISAL HALIM STABIL, ALAMI KELECURAN TAHAP DUA - EXCO SUKAN SELANGOR

05/05/2024 09:20 PM

SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi mengesahkan pemain Selangor FC dan kebangsaan Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu insiden di sebuah pasar raya hari ini mengalami kelecuran tahap dua.

Beliau berkata dalam kenyataan Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang kini dirawat di sebuah hospital dekat sini mengalami lecur pada beberapa bahagian tubuh iaitu pada sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Menurut Mohd Najwan, beliau telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan pemain sayap kebangsaan itu berada dalam keadaan stabil.

Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik turut mengecam keras tindakan tersebut dan mahu pihak polis menjalani siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Faisal cedera disimbah cecair dipercayai asid ketika pemain bola sepak kebangsaan itu berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, dekat sini.

– BERRNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan