AM > BERITA

PROJEK NAIK TARAF SMV BINTULU KEPADA KOLEJ 42 PERATUS SIAP - NANTA LINGGI

06/05/2024 11:21 AM

BINTULU, 6 Mei (Bernama) -- Projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Bintulu kepada Kolej Vokasional Bintulu bernilai RM21.5 juta dijadual siap menjelang Jun 2025.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata kemajuan projek itu kini pada tahap 42 peratus iaitu 69 hari lebih awal daripada jadual. 

Beliau berkata skop utama projek itu membabitkan pembinaan blok pembelajaran vokasional bagi kursus seni kulinari, fesyen, kosmetologi, elektrik dan elektronik, reka bentuk bantuan komputer (CAD), pendawaian, teknologi automotif, mesin industri, pembinaan dan kimpalan.

“Ia dijangka diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) menjelang Jun 2025,” katanya menambah kemajuan projek itu dibentangkan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak kepada beliau baru-baru ini.

Sementara itu, menurutnya pembinaan projek Kuarters Persekutuan Bintulu bernilai RM65.5 juta di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini 92 hari lebih awal daripada jadual dengan kemajuan 33.8 peratus.

Beliau berkata projek itu dijadualkan siap pada Julai 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan