AM > BERITA

AIR BERBAU MINYAK, LRA SUNGAI LINGGI MASIH BELUM BEROPERASI

06/05/2024 03:49 PM

SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) -- Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini masih belum beroperasi berikutan air mentah masih mempunyai bau minyak yang kuat.

Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam kenyataan memaklumkan bau minyak yang kuat itu menyebabkan pengeluaran air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Loji akan beroperasi semula setelah didapati tiada lagi pencemaran bau.

“Selain itu, penghantaran air menggunakan tujuh lori tangki Sains dilakukan dengan bantuan rakan operator iaitu Air Selangor, Pengurusan Air Pahang Berhad, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Syarikat Air Terengganu,” menurut kenyataan itu hari ini.

Justeru, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan dan menggunakan air secara berhemah semasa tempoh gangguan.

Disebabkan ini, sebahagian besar kawasan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air termasuk di Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin- Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson hingga Lukut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan