AM > BERITA

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI LESTARI ATAS JENAMANYA SENDIRI ECO-GARDEN

06/05/2024 06:50 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Rangkaian peruncitan farmasi, kesihatan dan penjagaan kecantikan, Guardian Malaysia baru-baru ini melancarkan rangkaian penjagaan diri lestari atas jenamanya sendiri - guardian Eco-Garden di TamanTugu di sini, bersempena Sambutan Hari Bumi 2024.

Guardian Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan rangkaian penjagaan diri Eco-Garden itu, diperbuat daripada 100 peratus bahan organik yang diperakui dan minyak sawit mass-balance lestari dan menggunakan botol boleh dikitar semula 100 peratus.

Kenyataan itu memaklumkan rangkaian barangan Eco-Garden itu, mendukung konsep guardian #Double TheNatural (gandingan dua bahan semula jadi) yang membawakan manfaat berganda, iaitu kuasa untuk ‘menyembuhkan’ dan ‘memulihkan’ ke dalam setiap rumah.

Pengarah Pemasaran guardian Malaysia Anna Ng berkata rangkaian barangan Eco-Garden yang dirumus dengan kebaikan alam semula jadi, akan mengubah bilik mandi menjadi sebuah oasis yang tenang, menghimpunkan pati dari taman indah yang mendamaikan.

“Rangkaian produk Eco-Garden kami akan membantu pelanggan menikmati penyembuhan semula jadi, diilhamkan oleh alam semula jadi untuk pengalaman pembersihan yang sensual pada harga mampu milik. Kami sedar pelanggan kami mencari produk asli semula jadi dan bersih, yang diproses dan dihasilkan secara lestari menggunakan bahan-bahan yang tidak membahayakan alam sekitar.

“Produk penjagaan diri Eco-Garden memenuhi keperluan pelanggan ini pada harga yang berpatutan, sekali gus menafikan mitos bahawa produk yang lestari adalah mahal. Mereka boleh memilih produk semula jadi yang selamat untuk alam sekitar dan mendapat nilai yang hebat untuk wang mereka,” katanya.

Barisan produk termasuk tujuh rangkaian yang pelbagai, memenuhi faedah fungsi tertentu daripada bahan semula jadi seperti macadamia dan shea butter yang menyediakan pelembab ultra untuk rambut; argan dan camellia yang membantu merawat dan menguatkan rambut, dengan bahan-bahan berkhasiat; avokado dan buah zaitun, rawatan sempurna untuk rambut dan kulit yang kering dan tidak terurus.

Selain daripada itu, produk itu juga mengandungai halia dan tree tea untuk anti kelemumur; bergamot dan permen untuk pembersihan mendalam; dan aloe vera dan kamomil untuk menenangkan; juga kopi dan ginseng untuk kawalan rambut gugur.

Rangkaian produk penjagaan diri Eco-Garden juga terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut, krim mandian badan, krim tangan, losyen dan rawatan badan dan ia boleh didapati di semua rangkaian kedai dan secara dalam talian guardian.

Hari Bumi merupakan sambutan tahunan yang diadakan pada 22 April, bagi menghormati pencapaian gerakan penjagaan alam sekitar dan meningkatkan kesedaran tentang keperluan untuk melindungi sumber semula jadi Bumi, untuk generasi akan datang.

-- BERNAMA

 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan