AM > BERITA

PENGUNDIAN AWAL PRK KKB REKOD 90 PERATUS SETAKAT 1 TENGAH HARI - SPR

07/05/2024 02:24 PM

HULU SELANGOR, 7 Mei (Bernama) -- Peratusan pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mencatatkan sebanyak 90 peratus setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Proses pengundian bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu di situ melibatkan dua pusat mengundi awal iaitu Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine, yang dibuka serentak 8 pagi tadi dan akan tamat pada 5 petang ini.

Proses pengundian awal itu yang melibatkan seramai 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan, berlangsung dalam keadaan cuaca baik.

PRK yang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan