AM > BERITA

KELANTAN AKAN SELARAS KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM NEGERI - MB

07/05/2024 04:49 PM

KOTA BHARU, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata perkara berkenaan sedang dalam pemerhatian pihaknya.

"Kita akan mengikut kerajaan Persekutuan dan kita akan selaras (kenaikan gaji penjawat awam negeri), insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan 2024 di sini hari ini.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan