AM > BERITA

AHMAD ZAHID UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA POKOK TUMBANG

07/05/2024 10:01 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini petang tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Zahid turut mendoakan agar roh mangsa yang terlibat dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa oleh Allah.

“Pada petang ini kita digemparkan dengan satu berita kejadian pokok tumbang yang diakibatkan oleh cuaca buruk dan angin kencang berhampiran dengan Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, di ibu negara.

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana ini. Semoga roh mangsa yang terlibat dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa oleh Allah SWT,” katanya.

Pada kejadian kira-kira 2 petang itu, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel, akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan