AM > BERITA

OPERASI BOT GUNUNG LANG DIHENTIKAN SEMENTARA SEHINGGA 20 MEI

08/05/2024 09:40 PM

IPOH, 8 Mei (Bernama) -- Operasi bot di Taman Rekreasi Gunung Lang di sini dihentikan buat sementara waktu bermula 2 Mei lalu sehingga 20 Mei ini.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan  Bot Lang 4 dan Bot Lang 5.

"Demi keselamatan dan keselesaan penumpang, operasi bot Taman Rekreasi Gunung Lang dihentikan sementara waktu,"menurut MBI.

Bagaimanapun MBI memaklumkan sekiranya pembaikan dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir tersebut, perkhidmatan bot akan beroperasi seperti biasa.

"Segala kesulitan amat dikesali," menurut MBI.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan