AM > BERITA

PROJEK PENGANGKUTAN SUNGAI DARI TEBINGAN SUNGAI KUCHING KE SINIAWAN SIAP 2027

10/05/2024 11:29 AM

KUCHING, 10 Mei (Bernama) -- Projek 'Sistem Pengangkutan Sungai' dari Tebingan Sungai Kuching di sini ke Pekan Warisan Siniawan di Bau dijangka siap menjelang 2027.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata penyiapan projek itu juga tertakluk kepada kelulusan pembiayaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Beliau berkata pada masa ini kajian navigasi sedang dijalankan dan ia akan disiapkan hujung suku kedua tahun ini.

“Aspek penting kajian ialah mengenal pasti saluran pelayaran paling selamat, kawasan cetek yang berbahaya di sungai, lokasi menarik pengunjung serta mengenal pasti lokasi sesuai untuk jeti di sepanjang laluan dari Kuching Waterfront ke Siniawan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada soalan Miro Simuh (GPS-Serembu) yang ingin mengetahui status terkini projek itu semasa sesi soal jawab di persidangan DUN hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan