AM > BERITA

ANUGERAH BEAUTY AND WELLNESS 2024: GUARDIAN TAMPILKAN FORMAT BAHARU, LEBIH MENARIK

10/06/2024 02:54 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Anugerah penghargaan jenama tahunan Anugerah guardian Beauty and Wellness 2024 kembali dengan format baharu, menampilkan barisan jenama kecantikan dan kesejahteraan paling digemari para pelanggan.

Beberapa peningkatan diperkenalkan tahun ini termasuk memperkenalkan Best Sellers 2024 di samping produk Pilihan Pakar selain turut memberi peluang pelanggan untuk mengundi jenama kegemaran mereka.

Pengarah Pemasaran guardian Malaysia Anna Ng berkata guardian telah muncul sebagai kurator utama dalam keperluan kecantikan dan kesejahteraan, memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

“Industri kecantikan dan kesejahteraan telah berkembang menjadi sebuah alam yang dipandu oleh pemperibadian dan pengetahuan. Dengan kemajuan pesat dalam teknologi dan inovasi, digandingkan pula dengan pengaruh media sosial, pengguna mencari teman yang dipercayai seperti guardian untuk mengatur pilihan tawaran jenama ideal dalam pasaran yang sentiasa berkembang.

"Persaingan untuk jenama kecantikan dan kesejahteraan terbaik daripada yang terbaik lebih sengit berbanding sebelum ini! Oleh itu, kami telah merombak anugerah tahun ini untuk memastikan keputusan kekal lebih mantap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kategori Best Sellers 2024 guardian, Ng berkata 10 produk inovatif dan terlaris telah disusun dengan teliti dalam setiap segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan, mencerminkan kumpulan pilihan pelanggan.

“Pilihan produk terlaris meliputi jenama untuk memupuk kesihatan dalaman sehinggalah kepada jenama yang menyerlahkan kecantikan luaran anda, adalah antara produk terkini terdapat di pasaran, telah dilancarkan pada 1 Nov 2022 hingga 31 Ok 2023,” katanya.

Bagi segmen Pilihan Pakar, beliau berkata lima pakar industri terkemuka ditugaskan untuk menilai 54 produk terkini yang terdapat di pasaran, dan penilaian dibuat bagi menentukan antaranya Produk Baharu Terbaik, Jenama Korea Terbaik, Kosmetik Vegan Terbaik dan Inovasi Kesejahteraan Terbaik.

Pakar-pakar ini terdiri daripada Pakar Dermatologi dan Pencipta Kandungan Kecantikan Dr Lim Ing Kean, Doktor Perubatan dan Pencipta Kandungan Kecantikan Dr Amand Elli, Persohnaliti Kecerdasan dan Kesejahteraan Joanna Soh, Jurusolek Japhet Bong dan Editor Mingguan Wanita Rosmad Idayu.

Menurut Ng, pelanggan guardian juga dijemput untuk menyertai Anugerah guardian Beauty and Wellness 2024 dengan mengundi lebih daripada 85 subkategori merentasi segmen Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Peribadi dan Penjagaan Kesihatan, dalam kategori Kegemaran Peminat.

Ng berkata dengan mengundi, pelanggan berpeluang memenangi hadiah berjumlah sehingga RM50,000 termasuk dua hadiah utama berupa Samsung Galaxy S24+ berserta baucar guardian bernilai RM500 setiap seorang.

“Penyertaan adalah mudah, log masuk ke dalam laman web peraduan Https://guardianawards.com.my/fan-favourites dan mula mengundi. Lebih menarik, semua penyertaan yang berjaya akan menerima e-baucar guardian bernilai RM10,” katanya.

Beliau berkata guardian juga akan mengadakan banyak promosi menarik di stor dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk beberapa barangan sepanjang tempoh peraduan berlangsung iaitu dari 4 Jun hingga 2 Julai ini.

“Pelanggan kami adalah pakar utama kami, dan suara mereka sangat berharga. Melalui peraduan anugerah ini, kami memberi kuasa kepada  mereka untuk menjulang produk-produk terbaik yang terdapat di stor kami, sekali gus memastikan pilihan yang dibuat selaras dengan keperluan dan aspirasi mereka,” katanya.

Antara pemenang Produk Terlaris 2024 guardian ialah SKINTIFIC Cover All Perfect Cushion SPF35 PA++++ 02 Ivory 11g, WARDAH Lightening Whip Facial Foam 100ml, SUNSILK Shampoo Silky Smooth 625ml, dan BRANDS Essence of Chicken 70g Pack of 30.

Pemenang Pilihan Pakar pula termasuk WARDAH Instaperfect Skincover Air Cushion 22 Light Ivory 11g, SKINTIFIC 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel 30g, KOSE Cosmeport Je L’Aime Ip Concentrate Hair Mask 200g, dan NH Colla Plus Advance 50ml x 10s.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan