AM > BERITA

1,088 PERMIT SEMBELIHAN LUAR DIKELUARKAN DI N.SEMBILAN SEMPENA AIDILADHA

16/06/2024 12:23 PM

SEREMBAN, 16 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) mengeluarkan 1,088 permit sembelihan luar dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) untuk pelaksanaan ibadah korban di seluruh negeri ini sempena Aidiladha.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.

“Selain masjid dan surau, proses penyembelihan bagi penyempurnaan ibadah korban ini turut dijalankan di beberapa lokasi lain seperti tempat awam, kawasan persendirian dan rumah sembelihan dengan lembu merupakan haiwan tertinggi untuk ibadah korban iaitu mencecah 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan semua penganjur ibadah korban di setiap peringkat supaya mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan, JPVNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bagi menjamin keselamatan makanan.

“Semoga dengan pematuhan kepada peraturan tersebut dapat menjadikan amalan ibadah korban disempurnakan dengan lancar,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan