AM > BERITA

SARAWAK AKAN PERKENAL MEKANISMA KAWAL HARGA TERNAKAN - ABANG JOHARI

17/06/2024 01:17 PM

KUCHING, 17 Jun (Bernama) -- Sarawak akan memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga jualan beberapa haiwan ternakan tahun depan, memandangkan dalam keadaan semasa harganya agak tinggi di negeri ini berbanding negeri-negeri lain.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pihaknya telah ada satu cara yang boleh digunakan bagi mengawal harga ternakan seperti sapi, dan beliau akan membuat pengumuman mengenainya nanti.

"Saya difahamkan hari ini 88 ekor (ternakan) menjadi ternakan korban, kebanyakan adalah sapi. Walaupun harga agak tinggi kalau dibandingkan dengan tempat lain, umat Islam di sini tetap dapat menunaikan ibadah korban dengan baik,"  katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Korban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak di Dewan Hikmah, yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di sini, hari ini.

Terdahulu Abang Johari menyempurnakan acara simbolik penyembelihan yang melibatkan tiga ekor lembu, yang diagihkan kepada 100 orang penerima asnaf sekitar Kuching.

Di bahagian Kuching, 63 tempat melibatkan masjid, surau dan premis beberapa agensi telah berdaftar bagi melaksanakan ibadah korban, melibatkan 88 ekor lembu korban yang akan diagihkan kepada 1,240 orang penerima.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan