AM > BERITA

MANGSA BANJIR DI MEMBAKUT MENINGKAT KEPADA 100 ORANG

24/06/2024 09:48 AM

KOTA KINABALU, 24 Jun (Bernama) -- Mangsa banjir di daerah Membakut meningkat kepada 100 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 37 orang daripada 17 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir itu telah dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.

“Hujan berterusan yang berlaku di Membakut sejak Khamis lepas menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir dan jumlah mangsa dipindahkan pagi ini menunjukkan trend kekal atau tidak berubah," menurut kenyataan itu.

Tujuh kawasan hotspot banjir dikenal pasti iaitu di Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung  Jambatan Baru dan Jalan Balai Polis.

Membakut adalah daerah di kawasan pedalaman Sabah kira-kira 90 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan