AM > BERITA

REVERY, JENAMA PERTAMA MALAYSIA TAWAR PRODUK ANTI PENUAAN BERASASKAN 'EXOSOM'

27/06/2024 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Revery International Group Berhad (REVERY) menjadi jenama Malaysia pertama menawarkan rawatan di rumah berasaskan exosom, dikenali sebagai ReLabo yang memanfaatkan exosom daripada sel stem dengan komponen penjagaan kulit yang efektif. 

Ketua Pegawai Eksekutif REVERY Tiffany Loh berkata produk anti penuaan baharu ReLabo menawarkan pendekatan moden dengan menggunakan exosom daripada teknologi sel stem untuk menangani tanda-tanda awal penuaan.

"Menerusi analisis mendalam kami terhadap pasaran kajian global, kami telah mengenal pasti dua dapatan utama iaitu pasaran antipenuaan semakin berkembang, dijangka mencecah US$61.7 bilion (kira-kira RM291.1 bilion) pada 2027.

"Demografik yang mahukan produk antipenuaan semakin muda, terutamanya yang berumur 26 hingga 35 tahun," katanya pada majlis pelancaran produk terbaharu jenama itu, ReLabo, semalam.

Melihat kepada permintaan dan kumpulan umur itu, Tiffany berkata syarikat tersebut telah melabur lebih RM5 juta dalam penyelidikan dan pembangunan untuk membangunkan produk antipenuaan yang paling selamat dan paling berkesan.

Sementara itu, Pengarah Perubatan REVERY Dr Malcom Lee berkata kajian berterusan syarikat itu memfokuskan kepada membangunkan produk penjagaan kulit yang inovatif, efektif dan mudah didapati, dan syarikat tersebut mendapati bahawa pendekatan paling selamat dan berkesan biasanya melibatkan rawatan di rumah.

"Kemajuan dalam teknologi penjagaan kulit, khususnya yang menggunakan bahan diambil daripada sel stem, menawarkan hasil bertaraf profesional tanpa prosedur invasif. Kami yakin ReLabo lebih sesuai untuk wanita dan memastikan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan kulit yang sihat dan remaja," katanya.

Dalam majlis sama, syarikat itu turut mengumumkan inisiatif mereka seterusnya iaitu pusat penjagaan kesihatan perubatan yang menumpukan pada evolusi kesihatan kardiak dan konsultasi kesihatan profesional.

Ketua Pegawai Operasi REVERY Nor Ilyana Zainuddin berkata pusat penjagaan kesihatan yang terletak di Bandar Rimbayu, Selangor itu akan siap pada suku ketiga tahun ini.

"Kami akan mempunyai pelbagai pakar di pusat perubatan itu, seperti pakar kardiologi perubatan keluarga dan kami akan mempertimbangkan untuk menambah lebih ramai pakar pada masa hadapan," katanya.

REVERY merupakan kumpulan bioperubatan komprehensif yang menggabungkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan perkhidmatan.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan