AM > BERITA

PENUTUPAN DAN LENCONGAN LALUAN PERSIARAN DATO MENTERI DILANJUTKAN SELAMA SEBULAN

28/06/2024 08:22 PM

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) -- Penutupan dan lencongan laluan di Persiaran Dato Menteri di hadapan Plaza Perabot, arah Bulatan Kayangan, akan dilanjutkan selama sebulan pada Julai bagi membolehkan kerja-kerja berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijalankan.

Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa pemandu kenderaan dari Pejabat Pos Besar Shah Alam menuju ke arah Jalan Ikhtisas akan dilencongkan ke Persiaran Dato Menteri dan perlu memasuki Persiaran Bandar Raya dan pergi ke arah Persiaran Perbandaran sebelum keluar di Jalan Ikhtisas.

"(Manakala untuk) Pemandu dari Jalan Ikhtisas menghala ke Pejabat Pos Besar Shah Alam akan dilencongkan ke Persiaran Dato Menteri, menghala terus ke Bulatan Kayangan dan membuat pusingan U di kawasan perumahan Seksyen 12 sebelum menuju terus ke Pejabat Pos Besar Shah Alam," menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa lencongan itu dilaksanakan berikutan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami orang ramai.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan