AM > BERITA

BOMBA SABAH TERIMA 242 PANGGILAN BERKAITAN BANJIR

01/07/2024 05:58 PM

KOTA KINABALU, 1 Julai (Bernama) -- Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 242 panggilan berkaitan banjir di kawasan Tuaran, Inanam, Menggatal dan Penampang setakat pagi tadi.

JBPM Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan panggilan tertinggi diterima dari Penampang dengan sebanyak 212 panggilan dan mereka yang terjejas sedang dibantu. 

“Sebanyak 57 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Penampang, Lintas, Tuaran, Tambunan dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah sedang berusaha membantu pemanggil terbabit.

“Beberapa jalan di Penampang juga tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat banjir, justeru orang ramai dinasihati merancang perjalanan masing-masing supaya tidak terkandas selain mengambil langkah keselamatan,” menurut kenyataan itu.

Jalan yang tidak boleh dilalui terdiri daripada Jalan Inobong Putatan Bandsadon, Jalan Datuk Peter Mojuntin, Jalan NC Mogunting, Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Kibabaig dan Jalan Nambazan.

Setakat 4 petang, empat pusat pemindahan sementara telah dibuka yang menempatkan 328 orang daripada 105 keluarga.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan