AM > BERITA

PEKEBUN KECIL GETAH SARAWAK DAPAT BAYARAN IPG BAGI PENGELUARAN JUN 2024

01/07/2024 08:32 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sarawak mulai 1 hingga 31 Julai 2024, berdasarkan pengeluaran getah pada Jun 2024.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui satu kenyataan berkata harga purata ladang bagi 'cuplump' telah mencecah RM2.95 sekilogram untuk Sarawak.

Kadar IPG ialah 5.0 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 10 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.

IPG akan diaktifkan jika harga purata bulan peringkat ladang untuk 'cuplump'’ berada pada RM3.00 sekilogram atau ke bawah.

LGM berkata IPG untuk lateks akan diaktifkan apabila IPG 'cuplump' diaktifkan, sambil menambah bahawa bagi lateks dengan 100 peratus KGK, kadar IPG ditetapkan adalah pada 90 sen sekilogram.

Tiada bayaran IPG untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Bulan lepas, purata harga peringkat ladang untuk 'cuplump' bagi Semenanjung Malaysia ialah RM3.55 sekilogram dan Sabah pada RM3.10 sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan