AM > BERITA

IBU MERTUA MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MENINGGAL DUNIA

05/07/2024 11:32 PM

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ibu mertua kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Sariyah Amir, 75, meninggal dunia petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Zambry menerusi Facebook beliau malam ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ibu mertua saya Hajah Sariyah binti Amir telah kembali ke rahmatullah petang tadi, 5 Julai 2024 bersamaan dengan 28 Zulhijjah 1445H.

“Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran Facebooknya menzahirkan ucapan takziah kepada Zambry atas pemergian ibu mertuanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan