AM > BERITA

ELMU LANCAR PROGRAM PENAJAAN SULUNG BERJUMLAH RM1 JUTA

10/07/2024 09:32 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Universiti Penguatkuasaan, Kepimpinan dan Pengurusan (ELMU) hari ini melancarkan Program Penajaan Sulung 2024 berjumlah RM1 juta melalui sokongan Yayasan ELMU.

Dalam satu kenyataan hari ini, ELMU menyatakan bahawa penajaan ini akan membolehkan universiti itu menawarkan tajaan yuran sebanyak 50 peratus yang akan memanfaatkan kumpulan pelajar perintis mulai Julai 2024.

Ia berkata tajaan itu akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat kemasukan merentasi 11 program akademiknya, daripada asas dan diploma hingga Ijazah Kedoktoran (PhD) bagi memastikan pelbagai golongan pelajar mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

"Ketika ELMU bersedia untuk mengalu-alukan kumpulan pelajar sulungnya, universiti pertama seumpamanya di rantau ini, menyediakan program penajaan yang direka untuk meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga mereka, membolehkan calon yang layak mengejar matlamat akademik mereka tanpa kompromi," kata kenyataan itu.

ELMU yang mendapat kelulusan untuk penubuhan universiti daripada Kementerian Pengajian Tinggi berkuat kuasa 8 Feb 2022 menjangkakan populasi kira-kira 800 orang pelajar di kampus Bandar Ensteknya di Nilai, Negeri Sembilan menjelang akhir tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program biasiswa dan butiran permohonan, sila layari www.elmu.edu.my atau hubungi Pejabat Kemasukan di +60 13-911 3568.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan