AM > BERITA

‘YONG MANIS’ DIPINDAHKAN KE TAMAN NEGERI ROYAL BELUM

11/07/2024 12:25 AM

IPOH, 10 Julai (Bernama) -- Seekor gajah betina yang ditangkap selepas berkeliaran di Kampung Lasah, Sungai Siput sejak Mei lepas, telah dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum, Gerik hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar ‘Yong Manis’ ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.

“Operasi memindahkan Yong Manis ke Taman Negeri Royal Belum mengambil masa kira-kira tiga jam dengan kekuatan 26 anggota Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.

“Kita menerima aduan kejadian gajah menceroboh kawasan kampung berkenaan sejak awal Mei menyebabkan bukan hanya tanaman durian malah kebanyakan pokok sawit dan getah milik penduduk kampung turut musnah,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Penduduk Kampung Lasah boleh menarik nafas lega apabila Yong Manis ditangkap setelah dipercayai merosakkan pelbagai jenis tanaman termasuk durian.

--  BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan