AM > BERITA

KPDN SITA 388KG MINYAK MASAK DISOROK PASAR RAYA

11/07/2024 10:48 AM

IPOH, 11 Julai (Bernama) -- Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 388 kilogram (kg) minyak masak paket yang cuba disorokkan, dalam serbuan di sebuah pasar raya di Teluk Intan, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata susulan maklumat serta aduan orang ramai, pihaknya melaksanakan Ops Samar, dan cuba membeli minyak masak di pasar raya itu, namun dimaklumkan bahawa minyak masak paket 1kg telah habis dijual.

Beliau berkata bagaimanapun selepas pemeriksaan menyeluruh, termasuk ke dalam stor simpanan barang pasar rayaberkenaan, pihaknya menjumpai masak paket seberat 388kg yang bernilai RM970 itu.

Dalam kenyataan di sini hari ini Kamalludin berkata satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis, dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan