AM > BERITA

ANTHONY LOKE SESAK NAFAS TIADA KAITAN SERANGAN JANTUNG - LUKANISMAN

12/07/2024 01:38 PM

IPOH, 12 Julai (Bernama) -- Insiden Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mengalami sesak nafas semasa menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas tidak mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata sesak nafas itu disebabkan masalah kecergasan.

Beliau berkata Loke dalam keadaan tergesa-gesa kerana sebelum itu beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas dan perlu menjawab soalan lisan sebaik tiba di Parlimen.

"Tiada kaitan dengan serangan jantung atau apa-apa (penyakit lain), ia mengenai kecergasan individu sahaja. Kalau sudah berkejar-kejar atau berlari, kadang-kadang boleh tercungap-cungap," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Asean ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di sini hari ini.

Pada Rabu, Persidangan Dewan Rakyat terganggu seketika apabila Loke dilihat tidak selesa ketika memulakan sesi jawapan lisan dan memohon diberikan sedikit masa untuk bertenang. 

Susulan itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng meminta Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah untuk mengambil alih sesi berkenaan.

Bagaimanapun, Loke kembali meneruskan tugas dengan menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan