AM > BERITA

WANITA DIHEMPAP KAYU BALAK STABIL

12/07/2024 07:27 PM

GUA MUSANG, 12 Julai (Bernama) -- Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini Selasa lepas, kini dilaporkan stabil. 

Abang mangsa, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata adiknya Siti Norelyana, 21, yang berada dalam pemantauan rapi petugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu menunjukkan perkembangan semakin baik. 

“Alhamdulillah adik saya stabil dan doktor memaklumkan ada peluang untuk dia sembuh. Organ dalaman dia juga baik-baik sahaja, syukur Allah jaga dia,” katanya menerusi platform TikTok miliknya semalam. 

Terdahulu, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang dibawa sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut.  

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan berpunca daripada 'turn-table' lori balak itu patah ketika mengambil selekoh.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan