AM > BERITA

GANGGUAN KUALITI AIR DI PASIR PUTEH BERSIFAT SEMENTARA - AKSB

17/07/2024 09:47 PM

KOTA BHARU, 17 Julai (Bernama) -- Gangguan kualiti air yang berlaku di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh dan sekitarnya adalah bersifat sementara dan bukannya sedekad sebagaimana dakwaan penduduk.

Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sumber bekalan air di kawasan berkenaan adalah daripada Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, yang mengagihkan bekalan air ke Tangki Bukit Jawa sebelum disalurkan kepada 452 akaun pengguna di kampung tersebut.

"Gangguan kualiti air dikesan berpunca daripada sistem proses LRA Merbau Chondong yang merawat air mentah mengandungi parameter ferum dan manganese yang tinggi, sekali gus menjejaskan keupayaan bekalan dan kualiti air semasa," katanya.

Menurutnya AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan kampung terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.

"Bagi tindakan jangka panjang, kerja-kerja membaik pulih sistem proses yang lama di LRA Merbau Chondong akan dilakukan dan dijangka mengambil masa dua tahun melibatkan kos sebanyak RM10 juta. 

  AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.airkelantan.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau PINTAS di talian 15777.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan