AM > BERITA

MAHA 2024 SASAR LEBIH 150 PENYERTAAN SELURUH DUNIA - MOHAMAD SABU

19/07/2024 08:00 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 Sept depan menyasarkan 150 penyertaan syarikat-syarikat dari seluruh dunia yang menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi satu hantaran di Facebook beliau memaklumkan MAHA 2024 merupakan antara perkara yang disentuh pada Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi ini.

“Persediaan kementerian dan Kerajaan Malaysia untuk menyambut kedatangan para pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara bertepatan dengan MAHA Go Global tahun ini,” katanya.

MAHA 2024 dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Sementara itu Mohamad berkata secara keseluruhannya mesyuarat kabinet hari ini membincangkan isu-isu penting berkait dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri, serta isu-isu berbangkit di beberapa kementerian yang perlu diberikan perhatian dan diselesaikan dengan segera.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan