AM > BERITA

KANAK-KANAK LELAKI 10 TAHUN DIKHUATIRI HILANG DIJUMPAI DI PUSAT BELI-BELAH

23/07/2024 07:58 PM

JOHOR BAHRU, 23 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah di Mount Austin di sini tengah hari tadi dijumpai oleh pihak polis di pusat beli-belah AEON Tebrau.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata Cheng Dong Yao yang juga pelajar tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 5, dijumpai pada 4.30 petang dalam keadaan selamat.

“Dia berjalan kaki dari sekolah hingga AEON Tebrau,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Terdahulu, tular di media sosial kehilangan Cheng yang kali terakhir dilihat menggalas beg dan berjalan kaki seorang diri selepas dipercayai terlepas bas sekolah.

Polis telah menggerakkan pasukan mencari yang turut disertai oleh ibu pelajar itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan