AM > BERITA

WAN ROSDY KEMBALI BERTUGAS

24/07/2024 06:12 PM

KUANTAN, 24 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, selepas hampir sebulan setengah bercuti susulan menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN). 

“Setelah sekian lama bercuti selepas menjalani pembedahan di IJN pada 7 Jun lepas, Alhamdulillah hari ini saya memulakan tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

“Saya juga menyerahkan surat penempatan dan pertukaran Ketua Jabatan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang berkuat kuasa 1 Ogos 2024,” katanya yang berkongsi perkembangan terbaru itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada 14 Jun lepas, Wan Rosdy dibenarkan pulang ke rumah dan difahamkan buat masa ini beliau hanya berada di pejabat dan menghadiri mesyuarat serta tidak terbabit dengan program luar. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan