AM > BERITA

PERKESO KELANTAN SASAR 5,551 PENCARUM SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH

25/07/2024 04:06 PM

KUALA KRAI, 25 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan menyasarkan penglibatan 5,551 pencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akhir tahun ini, kata pengarahnya Nora Yaacob.

Beliau berkata kesedaran pencarum yang layak untuk mencarum menerusi skim itu setakat Jun lepas masih rendah.

Beliau menggesa golongan suri rumah untuk mengambil peluang mencarum dalam skim SKSSR sebagai jaringan perlindungan sekiranya ditimpa sesuatu musibah.

“Skim ini terbahagi kepada dua iaitu terdapat caruman daripada tajaan kerajaan secara automatik kepada mereka yang layak menerusi e-kasih dan juga caruman secara sukarela. Setakat ini, jumlah pencarum di bawah tajaan kerajaan merekodkan 9,470 pencarum manakala secara sukarela hanya 385 pencarum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan faedah SKSSR kepada penerima yang layak di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan