AM > BERITA

Petani, Penternak Di Johor Digesa Guna Teknologi Terkini - Exco

27/07/2024 08:13 PM

BATU PAHAT, 27 Julai (Bernama) -- Petani dan penternak di Johor perlu menggunakan teknologi terkini berbanding hanya bergantung dengan kaedah tradisional bagi mencapai hasil lebih optimum.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip berkata teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.

"Masalah tidak mahu menggunakan teknologi ini tidak boleh dipandang ringan kerana kita akan ketinggalan dalam memasarkan hasil pertanian sekiranya masih menggunakan cara lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Agro Johor 2024 di Dataran Gemilang Yong Peng di sini hari ini.

Beliau berkata perubahan dalam kaedah pertanian juga membolehkan golongan petani dan penternak meningkatkan pendapatan mereka.

Mengenai Karnival Agro Johor, Zahari berkata pihaknya mensasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung dengan nilai jualan mencecah RM400,000.

Karnival tiga hari bermula semalam itu telah memasuki tahun ketiga penganjuran yang mengetengahkan hasil tanaman serta ternakan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan