AM > BERITA

Tourism Melaka Terima Anugerah Pembangunan Pelancongan Warisan Terbaik

28/07/2024 11:14 AM

MELAKA, 28 Julai (Bernama) -- Tourism Melaka menerima anugerah Pembangunan Pelancongan Warisan Terbaik sempena Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024 di Kuala Lumpur, semalam.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata anugerah berkenaan satu pengiktirafan atas usaha berterusan Melaka dalam memelihara serta mempromosikan warisan sejarah dan kebudayaan negeri itu yang unik.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian ini yang membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memelihara warisan dan budaya Melaka di samping meningkatkan mutu pelancongan dengan produk-produk pelancongan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengiktirafan itu juga sebagai penghargaan kepada semua penggiat industri pelancongan Melaka yang berusaha keras terutama dalam kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Menurut Abdul Razak, Melaka akan terus berusaha meningkatkan pengalaman pelancong dengan memperkenalkan produk pelancongan yang inovatif dan menarik. 

Majlis anugerah anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) dengan kerjasama Santai Travel itu sebagai penghormatan kepada penggiat industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan