AM > BERITA

Tiga Laluan Di Putrajaya Ditutup Sementara Sempena Sambutan Hari Pahlawan

30/07/2024 12:53 AM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Tiga laluan sekitar Putrajaya akan ditutup sementara bermula 7.30 pagi sempena sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara pada Rabu ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata laluan itu melibatkan Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.

“Jalan akan dibuka semula secara berperingkat selepas tetamu kehormat melalui serta selamat sampai ke majlis berkenaan mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Laluan kenderaan di Bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan akan dibuka selepas acara tembakan meriam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang program berlangsung.

Beliau sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelak kesesakan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-8886 2138 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-2026 0597/ 69 atau balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan