AM > BERITA

Orang Besar Jajahan Perak Tengah Meninggal Dunia

04/08/2024 01:09 PM

IPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Orang Besar Jajahan Perak Tengah Datuk Dr Ahmad Ruslan Mohd Ridzuan meninggal dunia pada 7.53 pagi tadi.

Pembantu Khas Orang Besar Jajahan Perak Tengah, Tajul Urus Hamid yang mengesahkan perkara itu berkata Ahmad Ruslan meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Teluk Intan.

Beliau berkata Allahyarham menghidap penyakit kanser sejak hampir setahun lalu dan berulang-alik ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.

Tajul Urus berkata jenazah akan disolatkan di Masjid Paloh di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan masjid itu selepas solat Asar.

Beliau berkata Ahmad Ruslan pernah menjadi pensyarah jurusan kejuruteraan di Universiti Teknologi MARA kampus Shah Alam dan bersara pada 2018 sebelum dilantik sebagai Orang Besar Lapan pada 2020.

Ahmad Ruslan kemudian dilantik sebagai Orang Besar Jajahan Perak Tengah pada 1 Jan 2023.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak lelaki serta seorang cucu perempuan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan