AM > BERITA

Fahmi Rakam Takziah Kepada Keluarga Pegawai Japen Noorhydayu Samsuddin

31/12/2024 06:02 PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan (JaPen) Noorhydayu Samsuddin yang meninggal dunia tengah hari tadi.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. 

"Inna lillahi wainna ilaihi raji'un. Takziah buat seluruh keluarga dan sahabat handai Puan Noorhydayu Samsuddin, Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan yang meninggal dunia hari ini," katanya.

Noorhydayu, 48, meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1.14 tengah hari tadi.

Suami Allahyarham, Mohd Izwan Mahmad Idris ketika dihubungi Bernama memberitahu Noorhydayu dimasukkkan ke HKL pada 26 Dis lepas bagi mendapatkan rawatan, dan memaklumkan isterinya itu telah hampir dua bulan menjalani dialisis buah pinggang.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di Ampang lewat petang ini.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan