AM > BERITA

Jagdeep Sambung Cuti Sakit Hingga 9 Ogos

05/08/2024 01:03 PM

GEORGE TOWN, 5 Ogos (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Jagdeep yang sedang bercuti dari 22 Julai lepas telah memberikan maklumat terkini mengenai cuti sakitnya pada Jumaat lepas.

"Beliau memaklumkan bahawa dirinya kini berada dalam keadaan baik. Atas nasihat doktor, beliau telah memohon supaya cutinya dilanjutkan hingga 9 Ogos nanti.

“Maka saya telah bersetuju supaya cutinya dilanjutkan bagi membolehkan Jagdeep meneruskan rawatan diperlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 22 Julai lepas, Bernama melaporkan Jagdeep mengesahkan beliau bercuti kerana menjalani rawatan buku lali dan menafikan dakwaan kononnya beliau diarahkan bercuti daripada menjalankan tugas  pentadbiran negeri.

Jagdeep, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II sejak Ogos tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan