AM > BERITA

Pemandu lori simen maut rempuh tembok pagar rumah

07/08/2024 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang pemandu lori maut akibat tersepit apabila lori simen dipandunya terbalik selepas merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Batai Barat, Bukit Damansara di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas Rosdi Yussof berkata mangsa berusia 67 tahun dikenali sebagai Samsul Ispur dari Rawang, Selangor itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan polis, petugas Kementerian Kesihatan dan kren daripada pihak pengurusan lori tersebut.

“Panggilan kecemasan diterima pada 3.25 petang dan sebuah jentera dengan enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan