AM > BERITA

Banjir Di Perak Pulih, Dua PPS Ditutup

11/08/2024 01:20 PM

IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Situasi banjir di daerah Hulu Perak pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 105 mangsa daripada 36 keluarga ditutup pada 9.30 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Semalam, lebih 100 mangsa ditempatkan di dua PPS di daerah berkenaan selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi.

Dua PPS itu dibuka pada 1 pagi berikutan bencana banjir yang melanda tiga kampung iaitu Kampung Bandariang, Kampung Sira Panas, dan Kampung Padang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan