AM > BERITA

Seorang Lemas, Tiga Hilang Dalam Kejadian Bot Terbalik Di Kemaman

11/08/2024 01:54 PM

CHUKAI, 11 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita lemas, manakala tiga individu lagi dilaporkan hilang dalam kejadian bot nelayan dan tongkang berlanggar di perairan Kemaman pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku di kedudukan tujuh batu nautika atau 13 kilometer dari perairan Kuala Kemaman pada 6.30 pagi.

Beliau berkata bot nelayan terbabit dikatakan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong untuk pergi memancing.

"Penumpang bot terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita berusia antara 23 hingga 79 tahun. Mereka berasal dari Raub, Pahang dan Gombak, Selangor.

"Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang wanita, yang hilang pula dua lelaki dan seorang wanita, manakala tiga lelaki dan dua wanita terselamat. 

“Kesan perlanggaran itu menyebabkan bot nelayan terbalik lalu karam, kita masih mengesan tongkang yang terlibat dalam pelanggaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Hanyan berkata polis sedang mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan operasi mencari mangsa yang hilang sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan