AM > BERITA

Onn Hafiz Seru Sokongan Kepada Muhammad Shah Firdaus

11/08/2024 03:59 PM

JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat bersama-sama mendoakan kejayaan dan menyatakan sokongan penuh kepada atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom. 

Beliau berkata pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar itu merupakan manifestasi kejayaan yang datang seiring dengan usahanya yang tidak pernah padam. 

"Syabas dan tahniah kepada Muhammad Shah Firdaus yang berjaya mara ke suku akhir acara keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024. Ayuh Shah Firdaus! Insya-Allah, seluruh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor akan terus menyokong dan berdiri teguh di belakang anda! 

"Ayuh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor! Sama-sama kita doakan kejayaan dan memberikan sokongan penuh kepada Muhammad Shah Firdaus dalam misi memburu pingat emas pertama negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Pemenang dua gangsa Sukan Asia itu muncul wakil tunggal Malaysia dalam suku akhir acara keirin lelaki pada temasya itu di Velodrom Saint Quentin en Yvelines petang ini. 

Pusingan suku akhir dijadualkan pada 5.29 petang, diikuti separuh akhir sejam kemudian dan final pada 7.32 malam.

Semalam, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan seawal pusingan pertama acara itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan